1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang
sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau
mengambil kesempatan atas dirinya pula.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
- Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu
- Karier impiannya ialah seorang ahli ‘psikologi’
2. Memahami
Kamu boleh menerima
dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati
terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu
ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24jam sehari, 7 hari seminggu!
- Dia seorang teman yang komited.
- Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
- Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diru mu sahaja!
3. Profesional
Ketika kamu
mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba
memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan
dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak
mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan
pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar
kamu mendampingi!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
- Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
- Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
- Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.
4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia
akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu
kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan
itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia adalah individu yang lurus. Walaubagaimanapun. kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
- Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
- Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!
5. Happy Go Lucky
Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria. Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?
Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria. Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?
- Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan
- Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan.
- Dia memang menghiburkan. Teman-teman perempuan dan lelaki menyenanginya!
Hindari teman anda jika:
Teman yang Menjatuhkan kamu
Teman yang Menjatuhkan kamu
- Gemar mencari kesalahan orang lain
- Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja
- Dia tidak memiliki ramai kawan!
Teman yang memiliki pengaruh negatif
- Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
- Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa is adalah SALAH!
- Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!
Teman yang mempergunakan kamu
- Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu
- Sekiranya die bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya.
- Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.
Teman yang tikam dari belakang ( Macam cerita “Jangan Main Belakang” tu! )
- Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama
- Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu
- Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.
Teman yang suka meniru kamu!
- Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu.
- Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
- Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya. Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan indentiti tersendiri.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar